Thursday, November 4, 2010

Rahsia HATI AYAM

Orang tua-tua zaman dahulu memang tinggi ilmunya dalam hal firasat dan petua.  Sekiranya mereka hendak mengetahui isi hati seseorang, mereka menggunakan ayam sebagai perantara.  Sebagai contoh, seorang bapa mertua yang baru mendapat anak menantu lelaki ingin mengetahui isi hati anak menantunya.  Justeru anak menantunya diberikan pisau dan seekor ayam lantas disuruh menyembelih ayam itu. Sekiranya anak menantunya takut menyembelih ayam, ayam itu hanya disuruh pegang lalu disembelih ayam itu oleh si bapa mertua.  Setelah ayam itu disembelih, si bapa mertua akan membelah badan ayam dan melihat isinya.  Sekiranya ada hati, jantung, hempedal yang lebam, rosak, hitam dan berbau, menunjukkan anak menantu lelakinya mempunyai sifat yang kurang elok.  Sekiranya isi dalaman ayam itu elok, ternyata anak menantu lelaki itu memang insan yang baik.

No comments:

Post a Comment