Monday, November 8, 2010

Kerak-Kerak Nasi Untuk Tenaga Batin WANITA

Kerak-kerak nasi atau pulut musang adalah sejenis tumbuhan liar di kawasan tanah pamah. Ia biasanya dijumpai tumbuh dikawasan yang hanya mendapat 50% cahaya matahari, dibawah naungan pokok-pokok lain. Daunnya agak lembut. Batangnya separa berkayu. Buahnya terhasil dalam bentuk tangkai, berwarna hijau ketika muda dan menjadi merah apabila matang.

Khasiat:
Tumbuhan ini merupakan sejenis sayur kampung yang sedap. Pucuknya boleh dijadikan sayur air atau sup sayur. Selain daripada sedap dimakan ia juga boleh menjadi penawar kepada penyakit buasir. Selain daripada itu amalan memakan sayur ini juga dikatakan dapat meningkatkan tenaga batin terutamanya pada wanita.

Nama Lain: Pulut Musang atau Pecah Kelambu


No comments:

Post a Comment

Post a Comment