Sunday, November 7, 2010

MENAMBAT HATI SUAMI

1. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( Jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

2. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

3. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

4. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

5. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai dua atau tiga kali.

6. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian untuk berfikir.

7. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

8. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walaupun ada jalan yang lebih dekat atau anda sendiri boleh memandu dengan baik.).

9. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

No comments:

Post a Comment