Friday, July 20, 2012

Membuka Hati Yang Tertutup


Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin, hati seseorang itu akan tertutup daripada memperolehi ilmu yang benar sehinggalah dia menjalankan usaha yang serius iaitu :

  • Mengutamakan mujahadah iaitu berjuang melawan kehendak nafsu yang menyeleweng dari jalan Allah.  Allah s.w.t berfirman, maksudnya : ''Dan orang yang berjuang untuk (mencari keredhaan) Kami, sesungguhnya kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. ''(Surah al-Ankabut :69)
  • Menghapuskan semua sifat-sifat mazmunah iaitu sifat peribadi yang tercela.
  • Menjauhi maksiat. 
  •  Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah.
  • Banyak bertawakal kepada Allah.
  • Zuhud atau meninggalkan kecintaan kepada keduniaan yang melampau atau yang melalaikan.
  • Berusaha menjauhi tuntunan syaitan.
  • Ikhlas kepada Allah. Dengan keikhlasan itu hati akan suzi dan bersih lalu dipenuhi 'nur'. Dengan 'nur' ini segala ilmu pengetahuan mudah difahami dan serap.
  •  Membaca al-quran.  Selalu membaca al-quran kerana dengannya akan terbuka sinar hati dan akan mudah menerima ilmu. Al-quran adalah tangga untuk mencapai ilmu di Luh Mahfuz di mana kandungan al-quran itu snediri berasal dari catatan Luh Mahfuz sebagaimana yang dijelaskan Allah dalam firman-Nya, maksudnya : ''Bahkan, yang mereka dustakan ialah al-quran yang mulia, yang tersimpan di dalam Luh Mahfuz.'' (surah al-Buruj:21-22)
  • Merujuk kepada al-quran dan hadis kerana kedua-duanya adalah sumber ilmu sejati dan penyempurnaan kepada akal manusia. Ilmu pengetahuan yang benar akan memperolehi sinar apabila dihubungkan dengan kedua-dua sumber asli ini.
  •  Mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang muhaddis terkemuka, Ibnu as-Salah menyebutkan bahwa Waqi, pernah berkata: ''Apabila anda ingin menghafal hadis, hendaklah anda mengamalkan ajarannya.''

No comments:

Post a Comment