Tuesday, May 14, 2013

KAIN PASANG BIDANG 60'


Kain Cotton Berkualiti dari Vietnam English Cotton/ Japan Cotton/ Satin Cotton....Cotton Berkualiti

3.5 meter, bidang 60
boleh buat baju kurung sehingga saiz XXL

RM 68.00
TERMASUK POS 1MALAYSIA
BERMINAT!!! BOLEH WCHAT/SMS/WASAP..
















Thursday, May 9, 2013

Wednesday, January 23, 2013

6 Cara Merawat Senggugut

Petua 1 : 
Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 : 
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3 : 
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 : 
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab

Petua 5 : 
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

Petua 6 : 
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Wednesday, July 25, 2012

Buat Lemang




Rahsia Di Sebalik 7 Hari Part 3

Hari Isnin

Sebahagian Ulamak berkata : '' Allah s.w.t telah mengkhususkan hari isnin dengan 7 kelebihan iaitu :

1. Nabi Idris a.s diangkat ke langit pada hari isnin.

2. Nabi Musa a.s pergi bermunajat kebukit Tursina pada hari isnin.

3. Turunnya dalil yang menunjukkan tentang Esanya Allah pada hari isnin.

4. Rasulullah s.a.w dilahirkan pada hari isnin.

5. Mula-mula Jibril turun menjumpai baginda rasul pada hari isnin.

6. Dilaporkan sekelian amalan umat Nabi Muhammad kepada Allah pada tiap-tiap hari isnin.

7. Kewafatan baginda Nabi s.a.w pada hari isnin.

Monday, July 23, 2012

Rahsia Di Sebalik 7 Hari Part 2

Hari Ahad


Berkata sebahagian ulamak:'' Bahawasanya Allah Yang Maha Menjadikan Lagi Mengadakan, Yang Maha besar keagungan-Nya, Dan Maha banyak Kurnia-Nya, Dan Maha tinggi Kemulian-Nya, Yang telah menyatakan kepada sekalian hamba tentang kemuliaan-Nya dan Kesempurnaan-Nya. Sesungguhnya Allah telah menjadikan tujuh  perkara daripada sekelian makhluk.


1. Allah telah menciptakan langit sebagai tempat pertukaran bulan dan bintang.


2. Allah telah menciptakan bintang-bintang yang beredar.


3. Allah telah menciptakan pada tempat yang bawah sekali.


4. Allah telah menciptakan bumi sebagai tempat kediaman.


5. Allah mencipta lautan.


6. Allah telah menciptakan anggota tubuh manusia.


7. Allah telah menciptkan masa dan angin puting beliung.