Friday, July 20, 2012

Rahsia Di Sebalik 7 Hari Part 1

Hari Sabtu

Ketahuilah wahai manusia!:''Bahawasanya orang yang memiliki Buroq, pemimpin pada hari kiamat, iaitu Rasulullah Muhammad S.A.W. menamakan hari sabtu itu adalah hari tipu daya, sebab telah berlaku pada hari itu tujuh puak mengadakan tipudaya, iaitu :

1. Kaum Nabi Nuh a.s berusaha melakukan tipudaya terhadap Nabi Nuh, akhirnya di binasakan oleh Allah dengan angin taufan, dan air yang dicurahkan sekaligus daripada langit.

2. Kaum Nabi Saleh berusaha untuk melakukan tipudaya terhadap Nabi Saleh. Akhirnya Allah binasakan mereka sekaliannya.

3. Saudara-saudara Nabi Yusuf berusaha untuk memperdayakan (membinasakan) Nabi Yusuf , kerana merasa dengki, apabila mereka mengetahui tentang takwil mimpinya Nabi Yusuf, iaitu bulan dan bintang sujud pada Nabi Yusuf. Akhirnya saudra-saudaranya mendapat celaan Allah.

4. Kaum Nabi Musa a.s berusaha melakukan tipu daya terhadap Nabi Musa. Akhirnya Allah kembali tipudaya mereka dan mereka di hinakan.

5. Kaum Nabi Isa a.s berusaha melakukan tipu daya terhadap Nabi Isa. Akhirnya mereka di halau oleh Allah dan dihinakan.

6. Puak-puak kafir Quraish berusahakan untuk melakukan tipu daya terhadap baginda Nabi. Maka Allah menimpakan azab dan seksa terhadap mereka semasa di dunia. Kemudian seksa di alam kubur. Selepas itu Diseksa dihari kiamat dengan seksa api neraka yang amat dahsyat.

7. Bani Israil berusaha untuk mengadakan tipu daya dengan larangan Allah. Akhirnya dirubah wajah-wajah mereka dan dilaknat oleh Allah.

No comments:

Post a Comment