Thursday, June 16, 2011

Perihal seorang wanita…

Wahai wanita….
Betapa uniknya ciptaanmu…
Hanya dari tulang rusuk seorang lelaki..
Dan terciptalah pasangan untuk kau..

Wahai wanita….
Subhanallah…istimewanya....
Betapa Agung Penciptanya…
Meletakan wanita d tempat yang paling tinggi..

Wahai wanita..
Kau d jadikan seorang yang penuh dengan kasih dan sayang…
Cukup sempurna untuk seorang suami…
Kau seorang yang tabah….
Kau sanggup mempertaruhkan nyawamu…
Berjihad kepada seorang suami..
Melahirkan zuriat dari benih suami yang d kasihi..dan d cintai..

Wahai wanita…
Kau sanggup melakukan apa sahaja demi kasih sayang…
Di hatimu penuh dengan sifat pergorbanan..kesabaran..tabah..
Walau hidupmu derita….
Betapa bahagia suami kerana memiliki wanita yang hatinya penuh kasih sayang..

Wahai wanita..
Kau adalah tulang belakang kepada suamimu…
Kau adalah ibu yang sabar dengan karenah anak-anakmu..
Hatimu tiada langsung perasaan benci…tetapi d penuhi perasaan kasih sayang..
Tiada terlintas d hatimu penyesalan…

Wahai wanita…
Aduhh…betapa istimewanya kau..
Kau adalah segala segalanya…
Kau kekasih penguat jiwa untuk suamimu…

Ya Allah….betapa istimewanya…
Wanita..
Kau Maha Pencipta…Kau Maha Agung..Kau Maha Mengetahui..
Dan kau tahu apa yang terbaik untuk hambaMu yang Kau cipta penuh dengan keistimewaan..

No comments:

Post a Comment