Tuesday, May 31, 2011

Kisah Seorang Isteri......

 

>HannaN memerhatikan jam didinding,sudah dekat pukul 12.00 
>
> malam,argh.. dia lambat lagi malam ini.Akhirnya sofa
> itu jugak menjadi katilnya malam ini.
>
> 2.00 pagi. "HannaN,HannaN bangun sayang". HaiQal
> mengejutkan isterinya.
>
> "Eh!abang dah balik,maaf HannaN tertidur,abang nak
> makan?" tanya HannaN.
>
> "Tak per lah abang dah makan tadi,Jomlah kita tidur
> di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan HannaN.
>
> "Arrggh rindunya HannaN pada abang,rindu nak makan
> semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa
> HannaN masak hari ni,ikan cencaru sumbat kesukaan
> abang," luah HannaN dalam hati.
>
> "Abang naiklah dulu HannaN nak simpan lauk dalam
> peti ais dulu". pinta HannaN sambil menuju ke dapur.
>
> Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk
> yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil
> hatinya sedih perasaannya. HannaN ambil dua keping
> roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia
> sememangnya lapar,tapi selera makannya terbunuh
> dengan situasi itu. HannaN menghirup milo panas
> sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok
> gigi dan terus menuju ke bilik tidur.
>
> Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila
> melihatkan suaminya
> telah terlelap.
>
> "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat
> malam tanpa kucupan mesra,tanpa belaian dan tanpa
> kata-kata kasih abang pada HannaN", bisik hati
> kecilnya.
>
> Aargghh rindunya HannaN pada abang." HannaN rindu
> nak peluk abang, HannaN nak kucup abang,HannaN rindu
> abang".
>
> Selesai solat subuh HannaN panjatkan doa semoga dia
> sentiasa beroleh bahagia,dipanjangka n jodohnya
> dengan HaiQal tercinta,diberi kesihatan yang baik
> dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga
> Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala
> badai.Selesai menjalankan amanat
> itu,HannaN kejutkan HaiQal,manakala dia bingkas
> menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami
> tersayang.HannaN keluarkan ayam dan sayur dan mula
> menumis bawang untuk menggoreng mee.
>
> "Assalamualaikum" ,sapa HaiQal yang sudah siap
> berpakaian untuk ke pejabat.
>
> "Waalaikumsalam, sayang".HannaN cuba bermanja sambil
> menambah,
>
> "abang nak kopi atau teh?" HannaN tetap kecewa
> apabila HaiQal hanya meminta air sejuk sahaja,dia
> ada 'presentation' dan hendak cepat,mee goreng pun
> hanya dijamah sekadar menjaga hati HannaN dan
> tergesa-gesa keluar dari rumah.HannaN menghantar
> pemergian suami hingga ke muka pintu
>
> "Abang,HannaN belum cium tangan abang,abang belum
> kucup dahi HannaN", kata HannaN selepas kereta itu
> meluncur pergi. Arrghh rindunya HannaN pada abang.
>
> "Qal,semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
>
> "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab HaiQal acuh tak acuh.

>
> "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni,woi
> semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri
> bergurau nakal.
>
> "Apa nak buat,lepas aku siapkan plan tu,aku ikut
> Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak,
> sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku
> dah tidur."Balas HaiQal.
>
> "Sorrylah aku tanya,sejak akhir-akhir kau sengaja
> jer cari alasan balik lewat,hujung minggu pun kau
> sibuk ajak member lain pergi fishing,kau ada masalah
> dengan HannaN ke?" Zikri cuba bertanya sahabat yang
> cukup dikenali sejak dari sekolah menengah,sampai ke
> universiti malah sekarang bekerja sebumbung.
>
> "Entahlah Zek,aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir
> aku rasa malas nak balik rumah,bukan aku bencikan
> HannaN,kami tak bergaduh tapi entahlah". terang
> HaiQal.
>
> "Well,aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar
> kau,aku nak dengar semuanya,tapi bukan
> sekarang.Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul
> Zikri.
>
> "Ok."Ringkas jawapan HaiQal sambil menyambung
> kembali merenung plan bangunan yang sedang
> direkanya.
>
> HannaN membuka kembali album kenangan itu.Tersenyum
> dia bila
> melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan
> HaiQal.Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara
> dan rakan terdekat.Maklumlah yatim piatu, kenduri
> ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi
> mengendalikan.
>
> Saat-saat sebegini HannaN teringat kembali alangkah
> indahnya sekiranya ibunya masih ada,akan diluahkan
> segalanya pada ibu tetapi sekarang,dia tidak punya
> sesiapa.HannaN menangis sepuas hatinya.5 tahun
> menjadi suri HaiQal,bukan satu tempoh yang
> pendek.HannaN bahagia sangat dengan HaiQal,cuma
> sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh.

> HannaN sedar perubahan itu,dan dia tidak salahkan
> HaiQal.Makin laju air matanya mengalir.
>
> "Abang sanggup menerima HannaN,abang tidak
> menyesal?".tanya HannaN 5 tahun yang lepas.
>
> "Abang cintakan HannaN setulus hati abang,abang
> sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan HannaN
> dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat
> HannaN,".Janji HaiQal.
>
> "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat
> sendiri?". Tanya HannaN lagi.
>
> "Syyy...doktor pun manusia macam kita,yang
> menentukan Allah,
> Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat
> sendiri", HaiQal meyakinkan HannaN.
>
> HannaN masih ingat saat itu,apabila dia menerangkan
> pada HaiQal dia mungkin tidak boleh mengandung
> kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada
> ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 %
> sahaja.Tapi HaiQal yakin HannaN mampu memberikannya
> zuriat.Tapi, itu suatu masa
> dahulu,selepas 5 tahun,HannaN tidak salahkan HaiQal
> sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana
> HannaN masih belum mampu memberikannya
> zuriat.Walaupun HannaN sudah selesai menjalani
> pembedahan untuk membetulkan
> kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai
> kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya HannaN
> pada abang.
>
> "Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan
> Zek,sebenarnya aku tidak salahkan HannaN,dia tidak
> minta semuanya berlaku,isteri mana yang tidak mahu
> mengandungkan anak dari benih suaminya yang
> halal,tapi.. ." ayat HaiQal terhenti disitu.
>
> "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?
> Celah Zikri.
>
> "Bukan macam tu,aku kesian dengan dia
> sebenarnya,duduk rumah saja, sunyi,tapi sejak
> akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah,aku
> rasa simpati pada dia,tetapi kadang-kadang perasaan
> aku bertukar sebaliknya", terang HaiQal.
>
> "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia? tingkas
> Zikri.
>
> "Entahlah Zek,aku tak kata aku menyesal,sebab aku
> yang pilih dia,aku tahu perkara ni akan berlaku,cuma
> mungkin aku terlalu berharap,dan akhirnya aku kecewa
> sendiri.Dan aku tidak mahu menyalahkan HannaN sebab
> itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini,dan
> elakkan bersama-samanya macam
> dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan
> bertukar menjadi
> perbalahan " Jelas HaiQal.
>
> "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?
> kata Zikri tidak
> berpuas hati dan menambah,
>
> "apa kata korang ambil saja anak angkat?"
>
> "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek,kau
> tak faham.Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa
> yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan
> kakak-kakak aku pun dah bising,mereka suruh aku
> kahwin lagi,tapi aku tak sanggup melukakan hati dia
> Zek.Aku tak sanggup". Ujar HaiQal.
>
> HannaN masih menanti,selalunya hujung minggu mereka
> akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli
> belah,atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah
> saudara mara atau menjenguk orang tua HaiQal
> dikampung.Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak
> menjenguk mertua dia.Dia sayangkan mertua dan
> iparnya yang lain macam saudara sendiri.Dia tidak
> punya ibu,maka dengan itu seluruh kasih sayang
> seorang anak dicurahkan kepada kedua
> mertuanya.Sebolehny a setiap kali menjenguk mertua
> atau kakak-kakak iparnya dia
> akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia
> akan menjahit baju untuk mereka,itulah yang selalu
> dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya,maklumlah
> dia punya masa yang cukup banyak untuk
> menjahit.Selalunya juga dia akan buatkan kek atau
> biskut untuk dibawa pulang ke kampung
> suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali
> untuk pulang ke kampung,tapi kini...aarghh rindunya
> HannaN pada abang.
>
> HannaN tahu HaiQal pergi memancing sebab dia bawa
> bersama segala peralatan memancing,dan hari ini
> sekali lagi HannaN menjadi penghuni setia rumah ini
> bersama setianya kasihnya kepada HaiQal.HannaN masih
> tidak menaruh syak pada HaiQal,dia masih cuba
> memasak sesuatu yang istemewa
> untuk HaiQal bila dia pulang malam nanti,tapi HannaN
> takut dia kecewa lagi.Arghh tak apalah,demi suami
> tercinta.Aaarggh Rindunya HannaN pada
> abang.
>
> "So you dah tahu i dah kahwin,tapi you masih sudi
> berkawan dengan I,kenapa? Adakah kerana simpati atau
> ikhlas?" tanya HaiQal pada Humayra yang dikenali dua
> minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi
> memancing.
>
> Sejak itu Humayra menjadi teman makan tengaharinya,
> malah kadang teman makan malamnya.
>
> "I ikhlas HaiQal,dan I tak kisah kalau jadi yang
> kedua,I dah mula
> sayangkan you". HUmayra berterus terang.
>
> Lega hati HaiQal,tapi HannaN?
>
> "Abang...HannaN tak berapa sihatlah bang rasa macam
> nak demam saja," adu HannaN pagi tu,sebelum HaiQal
> ke pejabat.
>
> "Ye ker? Ambil duit ni,nanti HannaN call teksi dan
> pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar HannaN
> ni." jawapan HaiQal yang betul-betul membuatkan
> HannaN mengalirkan air mata.
>
> Tidak seperti dulu-dulu,kalau HannaN sakit demam
> HaiQal sanggup
> mengambil cuti,bersama- sama menemani HannaN. Arrgg
> rindunya HannaN pada abang.
>
> Disebabkan HannaN terlalu sedih dan kecewa,dia
> mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas
> makan dua biji panadol,dia terus berbaring.Sehingga
> ke petang,badan dia semakin panas dan kadang terasa
> amat sejuk,kepalanya berdenyut-denyut. HannaN
> menangis lagi.Malam tu, seperti biasa HaiQal pulang
> lewat setelah menemani Humayra ke majlis harijadi
> kawannya.HannaN masih setia menunggu dan dia rasa
> kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan
> sayangnya pada HaiQal.
>
> Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat
> sarat ini,rindu pada manusia yang ada didepan mata
> setiap hari.Aargh rindunya HannaN pada abang.
>
> Apabila HaiQal selesai mandi dan tukar
> pakaian,HannaN bersedia untuk membuka mulut,ingin
> diluahkan segalanya rasa rindu itu,dia rasa sakit
> demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari
> memendam rasa rindu yang amat sarat.
>
> "Abang,HannaN nak cakap sikit boleh?" HannaN memohon
> keizinan seperti kelazimannya.
>
> "HannaN,dah lewat sangat esok sajalah,abang letih,"
> bantah HaiQal.
>
> "Tapi esok pun abang sibuk jugak,abang tak ada
> masa,dan abang akan balik lambat,HannaN tak
> berpeluang abang". ujar HannaN dengan lembut.
>
> "Eh..dah pandai menjawab,"perli HaiQal.
>
> Meleleh air mata HannaN,dan HaiQal rasa bersalah dan
> bertanya apa yang HannaN nak bincangkan.
>
> "Kenapa abang terlalu dingin dengan HannaN sejak
> akhir-akhir ni? Tanya HannaN.
>
> "HannaN,abang sibuk kerja cari duit,dengan duit
> tu,dapatlah kita bayar duit rumah,duit
> kereta,belanja rumah dan sebagainya faham?" HaiQal
> beralasan.
>
> HannaN agak terkejut,selama ini HaiQal tak pernah
> bercakap kasar dengan dia,dan dia terus bertanya,
>
> "dulu Abang tak macam ni,masih ada masa untuk
> HannaN,tapi sekarang?" Ujar HannaN.
>
> "Sudahlah HannaN abang dah bosan,pening, jangan
> tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah
> HaiQal lagi.
>
> "Sampai hati abang,abaikan HannaN,HannaN sedar siapa
> HannaN, HannaN tak mampu berikan zuriat untuk abang
> dan abang bosan kerana rumah kita kosong,tiada suara
> tangis anak-anak bukan? Dan HannaN terus bercakap
> dengan sedu sedan.
>
> "Sudahlah HannaN abang dah bosan,jangan cakap pasal
> tu lagi abang tak suka.Bosan betul..."
>
> Pagi tu,HaiQal keluar rumah tanpa sarapan,tanpa
> bertemu HannaN dan tanpa suara pun.HannaN makin
> rindu pada suaminya,demamnya pula kian menjadi-jadi.
> Malam tu HaiQal terus tidak pulang ke rumah,HannaN
> menjadi risau,telefon bimbit dimatikan,HannaN
> risau,dia tahu dia bersalah,akan dia
> memohon ampun dan maaf dari HaiQal bila dia
> kembali.HannaN masih menanti,namun hanya hari ketiga
> baru HaiQal muncul dan HannaN terus memohon ampun
> dan maaf dan hulurkan tangan tetapi HaiQal hanya
> hulurkan acuh tak acuh sahaja.
>
> HannaN kecil hati dan meminta HaiQal pulang malam
> nanti kerana dia ingin makan bersama HaiQal.HaiQal
> sekadar mengangguk.Tetapi malam tu HannaN kecewa
> lagi.HaiQal pulang lewat malam.demam HannaN pulak
> makin teruk,dan esoknya tanpa ditemani HaiQal dia ke
> klinik,sebab sudah tidak tahan
> lagi.
>
> Abang pulanglah abang,pulanglah HannaN ingin
> beritahu perkhabaran ini,pulang abang,doa
> HannaN.HannaN kecewa tapi masih menanti,bila masuk
> hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi,dia menelefon
> ke pejabat.Dan telefon itu disambut oleh Zikri.
>
> "Syukurlah HannaN kau telefon aku,ada perkara aku
> nak cakap ni,boleh aku jumpa kau? tanya Zikri
>
> "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang,mana boleh
> jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak
> HannaN.
>
> Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan HannaN itu.
> Setianya kau
> perempuan,bisik hatinya.
>
> "Oklah kalau macam tu,aku pergi rumah kau,aku pergi
> dengan mak aku boleh?" pinta Zikri
>
> "Ok,kalau macam tu tak apalah,aku pun dah lama tak
> jumpa mak kau,last sekali masa konvo kita 6 tahun
> lepas kan ?" setuju HannaN.
>
> "Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti.
>
> HannaN hanya tersenyum penuh makna,dan membisik,
> "Allah makbulkan doa saya mak cik".
>
> Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah
> itu Maha
> Mengetahui apa yang Dia lakukan.Segera Mak Siti
> mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita
> itu.Zikri serba salah.
>
> "HannaN,aku anggap kau macam saudara aku,aku tak
> tahu macam mana nak mulakan,aku harap kau tabah dan
> tenang,sebenarnya HaiQal dalam proses untuk
> berkahwin lagi satu,dan aku sayangkan korang macam
> saudara sendiri,
> dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam
> ni,kau tanyalah dengan HaiQal dan bincanglah,cubalah
> selamatkan rumah tangga korang."
> terang Zikri
>
> HannaN menangis semahunya dibahu Mak Siti,rasa
> hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan
> itu.Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita
> gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak
> bermakna.HannaN menantikan HaiQal sehingga ke
> pagi,namun dia masih gagal.Dua hari kemudian HaiQal
> pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian
> penting,dan masa ini HannaN
> bertekad untuk bertanya.
>
> "Ya betul apa yang HannaN dengar tu,dan kami akan
> langsungkan jugak,dan abang takkan lepaskan
> HannaN,itu janji abang,mak ayah pun dah tahu dan
> mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan
> HannaN,kerana mereka juga sayangkan HannaN,dan
> HannaN kena faham abang inginkan zuriat sendiri,
>
> walau apa pun persiapan sedang dibuat,abang janji
> takkan abaikan HannaN." Janji HaiQal.
>
> HannaN sayu mendengar,dan bagaikan kelu lidahnya
> untuk
> berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu
> terbunuh menjadi khabar duka. HannaN terlalu kecewa.
>
> HaiQal masih menanti diluar,rasa amat bersalah
> bersarang
> dikepala,sejak HannaN pengsan dan
> mengalamipendarahan .Doktor dan jururawat keluar
> masuk.Dia masih resah.
>
> "Insya-Allah En.HaiQal,dua- dua selamat".terang
> doktor pada HaiQal.
>
> "Dua-dua apa maksud doktor? tanya HaiQal
>
> "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu,tapi dia
> kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu
> kukuh,saya takut banyak bergerak akan menyebabkan
> berlaku keguguran,tapi kami dah mulakan injection
> untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia
> dan bersedia untuk early delivery
> dalam kes macam ni," terang doktor.
>
> "Ya Allah..HannaN mengandung,Ya Allah berdosanya aku
> pada HannaN,kesal HaiQal.Malu rasanya untuk menatap
> muka HannaN. "
>
> Kenapa HannaN tak bagi tahu abang yang HannaN
> mengandung? kesal HaiQal.
>
> "HannaN memang nak bagitau abang tapi,bila abang
> cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin
> dengan perempuan lain, HannaN tak sampai hati
> bang,HannaN tak sanggup abang malu dan keluarga
> abang malu." Jelas HannaN.
>
> "HannaN sebenarnya,abang belum bertunang dengan
> budak tu,abang cuma sekadar berkawan sahaja.Belum
> pernah abang bincangkan soal kahwin lagi, dan abang
> tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana
> abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji HaiQal.
>
> Kesal kerana mengabaikan HannaN yang mengandung itu,
> membuatkan HannaN risau dan akhirnya pitam dihalaman
> rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke
> hopital,dan mujur jugak HannaN pengsan
> dihalaman,dapat dilihat orang.
>
> "Mama kenapa mama buat tu,biarlah mak yang buat,"
> marah HaiQal bila melihatkan HannaN cuba menyapu
> lantai.
>
> Sejak keluar hospital hari tu,mertua dia meminta
> supaya HannaN tinggal saja dirumah sehingga bersalin
> kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan
> sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya
> tidak kuat.
>
> "Ala Papa ni,biarlah mama buat sikit sajalah."balas
> HannaN.
>
> Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.Dengan
> pengawasan rapi doktor,yang setiap dua tiga sekali
> akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan
> mencecah 6 bulan,doktor mengarahkan supaya HannaN
> hanya berehat di hospital,supaya senang mengawasi
> HannaN dan andainya apa-apa
> berlaku HannaN akan terus dibedah untuk
> menyelamatkan nyawanya dan bayi yang
> dikandung.Setiap hari HannaN akan dilawati oleh
> HaiQal. HannaN amat bahagia,ternyata bayi yang
> dikandung membawa sinar,amat berharga kehadiran dia
> nanti,sebab itulah HannaN sanggup tinggal di
> hospital,sanggup
> menelan berjenis ubat,sanggup disuntik apa saja
> semuanya demi bayi itu.
>
> Kandungan sudah di penghujung 7 bulan,HannaN amat
> bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang
> dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat
> membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga HannaN,
> kerana imbang berlaku pertumpahan darah,dan akhirnya apa
> yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila
> HannaN mengalami pertumpahan darah yang
> serius,lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah
> dalam masa beberapa minit sahaja.HaiQal tiba bersama
> ibu dan ayahnya,dia panik sekali,namun
> cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya.
>
> Hampir 1 jam berlalu,apakah khabarnya HannaN di
> dalam sana . HaiQal makin risau,setengah jam
> kemudian doktor keluar.HaiQal meluru...
>
> "doktor bagaimana isteri saya?",HaiQal terus
> bertanya.
>
> "Sabar,kami telah cuba sedaya upaya,tahniah anak
> encik selamat,encik dapat anak perempuan,seberat 2.1
> kilogram,dan kini kami cuba sedaya upaya untuk
> selamatkan Puan NurHannaN ." terang doktor.
>
> "Apa maksud doktor? Tanya HaiQal yang sudah tidak
> sabar.
>
> "Begini,dia kehilangan banyak darah,kami cuba sedaya
> upaya menggantikan darahnya yang keluar itu,dan
> masih berusaha,namun rahimnya terus berdarah dan
> kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya
> demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.
>
> "Buatlah doktor,saya izinkan asalkan isteri saya
> selamat."
>
> "Ermmm...lekanya dia sampai terlena." tegur HaiQal
> sambil membelai dan mengusap kepala Nur JannaH yang
> terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan
> HannaN.
>
> HannaN hanya tersenyum.Hari ni genap seminggu usia
> JannaH.Nur HannaN masih lemah akibat kehilangan
> banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur
> JannaH buah hatinya.Dia mencium sepenuh kasih sayang
> pipi comel anaknya itu.Dia membelai sayu wajah comel
> itu.Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari
> itu,hatinya terlalu sepi,semalam dia mimpikan arwah
> ibunya,datang menjenguk dia dan JannaH,tanpa suara,
> ibunya hanya tersenyum.Dan akhirnya berlalu begitu
> sahaja.
>
> Hari ini HannaN menjadi seorang perindu,dia rindukan
> ibunya,dan
> diceritakan perkara itu pada HaiQal.
>
> "Mungkin mak HannaN datang tengok cucu dia,dan dia
> amat gembira".pujuk HaiQal menenangkan HannaN.
>
> "Abang...tolong HannaN bang!!" laung HannaN dari
> bilik air.
>
> "Ya Allah HannaN kenapa ni? HaiQal ketakutan.
>
> "Mak...tolong mak...makkkkkkkkkkk " HaiQal menjerit
> memanggil emaknya didapur.
>
> "Cepat,bawak pergi hospital,cepat HaiQal" perintah
> Mak Zaharah.
>
> "Maaf dia tidak dapat kami selamatkan,terlalu banyak
> darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat
> apa-apa,dia terlalu lemah dan akhirnya dia
> "dijemputNya" , terang doktor.
>
> Terduduk HaiQal mendengarkan hal itu.Jenazah selamat
>
> dikebumikan. JannaH seakan mengerti yang dia sudah
> tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nur HannaN
> lagi.JannaH menangis seolah-olah ingin memberitahu
> dunia yang dia perlukan seorang ibu,seorang ibu yang
> bersusah payah,bersabung nyawa demi untuk melihat
> kelahirannya. Demi membahagiakan papanya,demi
> membahagiakan neneknya.JannaH terus menangis
> seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya
> hanya bersamanya untuk sekejap cuma.Semua yang hadir
> kelihatan mengesat mata,tidak sanggup mendengar
> tangisan bayi kecil itu.Semua terpaku dan terharu,
> HaiQal mendukung JannaH dan memujuk bayi kecil itu,
> akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
>
> Abang yang HannaN rindui,
>
> Abang...maafkan HannaN kerana selama ini tidak mampu
> menjadi isteri yang terbaik buat abang.Saat abang
> membaca surat ini,mungkin HannaN sudah jauh
> meninggalkan abang,HannaN tak harapkan HannaN akan
> selamat melahirkan anak ini,tapi HannaN harap bayi
> akan selamat walau apa yang terjadi pada HannaN.Itu
> harapan HannaN bang.....
>
> HannaN masih ingat,rumah tangga kita hampir runtuh
> kerana HannaN tidak mampu memberikan zuriat buat
> abang,tapi bang,kali ni doa HannaN dimakbulkan, dan
> untuk itu,biarlah HannaN menanggung segala kapayahan
> demi zuriat ini bang.
>
> Saat HannaN menulis surat ini,HannaN masih lagi
> menjadi penghuni setia katil hospital ini.Baby kita
> makin nakal bergerak bang,tapi HannaN bahagia merasa
> tiap tendangan dia abang,HannaN bahagia,cukuplah
> saat manis ini HannaN dan dia.HannaN rasakan setiap
> pergerakannya amat bermakna,dan andainya ditakdirkan
> HannaN hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia
> hanya dalam kandungan sahaja HannaN redha bang.
>
> Siapalah HannaN untuk menolak ketentuanNya. HannaN
> tak mampu
> abang.Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya
> Allah makbulkan doa HannaN untuk mengandungkan
> zuriat dari benih abang yang HannaN cintai dan
> kasihi
> selamanya.
>
> HannaN redha sekiranya selepas ini walau apa
> terjadi, HannaN
> redha,kerana Allah telah memberikan HannaN sesuatu
> yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan
> kita HannaN harap abang redha sebagaimana HannaN
> redha.
>
> Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat
> kepada HannaN untuk merasai nikmatnya menjadi
> seorang ibu walau cuma seketika.Andai apa yang
> HannaN takutkan terjadi,dan bayi ini dapat
> diselamatkan HannaN harap abang akan jaganya dengan
> penuh kasih sayang.HannaN harap abang jangan
> biarkan hidupnya tanpa seorang ibu.Cuma satu HannaN
> harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu
> menjaga seorang anak yatim dengan baik dan
> menjaganya dengan penuh kasih sayang.
>
> Seumur hayat HannaN,HannaN tak pernah meminta
> sesuatu dari abang,dan kini inilah permintaan
> HannaN,janjilah dengan HannaN yang anak ini akan
> mendapat seorang ibu yang penyayang.
>
> Abang yang HannaN rindui...
>
> Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai,HannaN
> ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang,tapi
> HannaN tak berkesempatan, dan walaupun kini HannaN
> tiada lagi,tapi HannaN nak abang tahu yang... HannaN
> rindukan abang......HannaN rindu sangat dengan
> abang.....rindu abang... rindu sangat....
>
> Sekian,Salam Sayang,
> Ikhlas dari HannaN isterimu
> Nur HannaN Bt. Abdullah
>
> HaiQal melipat kembali surat itu,yang telah dibaca
> berulang kali dan kini dia amat rindukan Nur HannaN
> ...dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah
> kerinduan itu.....HannaN. ...abang juga rindukanmu
> sayang..bisik hati HaiQal.
>
>
****Kesimpulannya, terimalah pasangan anda dengan
> seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia
> ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan
> kekurangannya.****

No comments:

Post a Comment