Thursday, April 7, 2011

SITI KHADIJAH ISTERI RASULULLAH SAW

Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan.

Begitulah Rasulullah saw berkata tentang kepribadian Khadijjah, istrinya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya. Tetapi
pilihannya justru jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang
begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan.
Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW
melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati
dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam
menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam
sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang
Rasulullah SAW.
KESETIAAN YANG BERSEJARAH
Mari kita singkap kembali peristiwa yang sungguh mendebarkan jantung Rasulullah
SAW. Peristiwa itu ialah penerimaan wahyu yang pertama di Gua Hira. Sekembalinya
ke rumah, baginda berkata kepada isterinya yang tercinta, Aku berasa khuatir
terhadap diriku.
Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, Wahai
kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda
adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul
tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan
rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa
berbicara benar dan setia kepada amanah. Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak
berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita berlaku
demikian?  Khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal. Beliau boleh hidup mewah dengan
hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan
tugas-tugas suaminya. Hal ini jelas menunjukkan beliau merupakan wanita yang
mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam
sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang
menjadi sumber kekuatan kepada Rasulullah SAW sepanjang kehidupan mereka
bersama. Oleh itu, kita perlu berdoa semoga Allah memberi kita kekuatan untuk
membantu menguatkan semangat jihad golongan lelaki yang seangkatan dengan kita.
KESETIAAN YANG MENDORONG KEGIGIHAN Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu. Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira,
beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah
SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan
baginda. Sekiranya baginda khusyu bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan
sabar sehingga baginda pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada
dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan
menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman
dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan
Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan
air untuk mengambil wuduk. Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT. Allah
Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh
keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman Allah yang bermaksud:
Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam
keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang
baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang
lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. (An-Nahl: 97)
Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan
kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa
barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak yang lahir juga
adalah anak-anak yang saleh. Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW
merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini
menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.
Wahai muslimah, sekarang adalah masa untuk kita hidupkan kembali hakikat ini
dalam kehidupan kita. Semoga kekuatan Islam akan kembali mentadbir kehidupan
insan.

No comments:

Post a Comment