Saturday, October 23, 2010

Mengatasi Perasaan Marah

Antara tindakan yang boleh kita ambil untuk mengatasi perasaan marah...

1. perlu rasa malu terhadap Allah dengan tindak tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan serta sikap biadap kita.

2. apabila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3.banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. sentiasalah mengingati akan kesan sifat marah itu. ia mungkin membawa kepada permusuhan dan membalas dendam daripada orang yang kita marahi.

5.cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita semasa sedang marah. ia lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang apabila kita dalam keadaan marah.

6.apabila datang marah, banyakkan membaca ta'awwuz iaitu A'uzubillahi minasy syaithanirrajim kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. apabila kita rasa marah sedang memuncak, ambillah wudhuk kerana wudhuk dapat memadamkan api kemarahan yang sedang membara.

8. sekiranya marah masih tidak dapat dihilangkan dengan membuat perkara-perkara seperti di atas, hendaklah kita tidur. ini dapat meredakan dan seterusnya melenyapkan perasaan marah apabila bangkit dari tidur.

9. tauhid kita perlu tepat. setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. kenapa kita mesti marah.

10.apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. begitulah juga mereka, juga tidak suka dimarahi. sebaliknya tegurlah dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut.

11. duduklah jika marah dalam keadaan berdiri.apabila duduk, bersandarlah. insyaAllah marah mule reda.

wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment