Sunday, October 31, 2010

ANDA SEORANG WANITA

***Kaum feminis beritahu susah jadi wanita, tgk saja peraturan dibawah ini :

•Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
•Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
•Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
•Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
•Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
•Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
•Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
•Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid & nifas yang tak ada pada lelaki.
•Dll.

_Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA". Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?

INI JAWAPAN dr pernyataan di atas utk menyangkalnya bahawasanya mrk silap"~

•Benda yang MAHAL harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar berserakan bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

•Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki WAJIB taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada ayahnya?

•Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

•Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

•Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita,iaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya & saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya & saudara lelakinya.

•Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu : solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya & menjaga kehormatannya.

•Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita... kan ^_^

Adalah sabda Rasulullah bahawa ketika kita memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menghantarkannya menjadi muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya. (untuk anak laki2 berlaku kaedah yang berbeza).

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan kewajipan agamamu, nescaya syurga menantimu. ..insyaAllah Amin Ya RABB

No comments:

Post a Comment