Thursday, December 15, 2011

Indahnya Kasih Sayang

Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap orang, belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang   dalam kehidupan.  Oleh  itu  Islam  amat   menekankan  tentang  pentingnya  nilai  kasih  sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat.

Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:

1.Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.

2.Melalui sentuhan yang lemah lembut.

3.Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.

4.Apabila  ditinjau  tentang  kehidupan   masyarakat  hari  ini ternyata punca perpecahan yang berlaku  ialah  kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

 

No comments:

Post a Comment