Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Bila Suami Hantar Puisi..

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan
sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak
gelombang..
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga
kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan
diplanet lain...
 
*** Balasan Puisi sang isteri*** 

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala
planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga 
seperti aku perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau
terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!

PLEASE LAHHHH!!!
 

Monday, June 6, 2011

Lawak.......bila suami isteri bergaduh..


sang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota... "KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI"dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis... "BANG, BANGUN BANG... .. SUDAH PUKUL 6.30 PAGI" 
   jangan ketawa ya......