Wednesday, July 25, 2012

Buat Lemang




Rahsia Di Sebalik 7 Hari Part 3

Hari Isnin

Sebahagian Ulamak berkata : '' Allah s.w.t telah mengkhususkan hari isnin dengan 7 kelebihan iaitu :

1. Nabi Idris a.s diangkat ke langit pada hari isnin.

2. Nabi Musa a.s pergi bermunajat kebukit Tursina pada hari isnin.

3. Turunnya dalil yang menunjukkan tentang Esanya Allah pada hari isnin.

4. Rasulullah s.a.w dilahirkan pada hari isnin.

5. Mula-mula Jibril turun menjumpai baginda rasul pada hari isnin.

6. Dilaporkan sekelian amalan umat Nabi Muhammad kepada Allah pada tiap-tiap hari isnin.

7. Kewafatan baginda Nabi s.a.w pada hari isnin.

Monday, July 23, 2012

Rahsia Di Sebalik 7 Hari Part 2

Hari Ahad


Berkata sebahagian ulamak:'' Bahawasanya Allah Yang Maha Menjadikan Lagi Mengadakan, Yang Maha besar keagungan-Nya, Dan Maha banyak Kurnia-Nya, Dan Maha tinggi Kemulian-Nya, Yang telah menyatakan kepada sekalian hamba tentang kemuliaan-Nya dan Kesempurnaan-Nya. Sesungguhnya Allah telah menjadikan tujuh  perkara daripada sekelian makhluk.


1. Allah telah menciptakan langit sebagai tempat pertukaran bulan dan bintang.


2. Allah telah menciptakan bintang-bintang yang beredar.


3. Allah telah menciptakan pada tempat yang bawah sekali.


4. Allah telah menciptakan bumi sebagai tempat kediaman.


5. Allah mencipta lautan.


6. Allah telah menciptakan anggota tubuh manusia.


7. Allah telah menciptkan masa dan angin puting beliung.

Friday, July 20, 2012

Rahsia Di Sebalik 7 Hari Part 1

Hari Sabtu

Ketahuilah wahai manusia!:''Bahawasanya orang yang memiliki Buroq, pemimpin pada hari kiamat, iaitu Rasulullah Muhammad S.A.W. menamakan hari sabtu itu adalah hari tipu daya, sebab telah berlaku pada hari itu tujuh puak mengadakan tipudaya, iaitu :

1. Kaum Nabi Nuh a.s berusaha melakukan tipudaya terhadap Nabi Nuh, akhirnya di binasakan oleh Allah dengan angin taufan, dan air yang dicurahkan sekaligus daripada langit.

2. Kaum Nabi Saleh berusaha untuk melakukan tipudaya terhadap Nabi Saleh. Akhirnya Allah binasakan mereka sekaliannya.

3. Saudara-saudara Nabi Yusuf berusaha untuk memperdayakan (membinasakan) Nabi Yusuf , kerana merasa dengki, apabila mereka mengetahui tentang takwil mimpinya Nabi Yusuf, iaitu bulan dan bintang sujud pada Nabi Yusuf. Akhirnya saudra-saudaranya mendapat celaan Allah.

4. Kaum Nabi Musa a.s berusaha melakukan tipu daya terhadap Nabi Musa. Akhirnya Allah kembali tipudaya mereka dan mereka di hinakan.

5. Kaum Nabi Isa a.s berusaha melakukan tipu daya terhadap Nabi Isa. Akhirnya mereka di halau oleh Allah dan dihinakan.

6. Puak-puak kafir Quraish berusahakan untuk melakukan tipu daya terhadap baginda Nabi. Maka Allah menimpakan azab dan seksa terhadap mereka semasa di dunia. Kemudian seksa di alam kubur. Selepas itu Diseksa dihari kiamat dengan seksa api neraka yang amat dahsyat.

7. Bani Israil berusaha untuk mengadakan tipu daya dengan larangan Allah. Akhirnya dirubah wajah-wajah mereka dan dilaknat oleh Allah.

Membuka Hati Yang Tertutup


Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin, hati seseorang itu akan tertutup daripada memperolehi ilmu yang benar sehinggalah dia menjalankan usaha yang serius iaitu :

  • Mengutamakan mujahadah iaitu berjuang melawan kehendak nafsu yang menyeleweng dari jalan Allah.  Allah s.w.t berfirman, maksudnya : ''Dan orang yang berjuang untuk (mencari keredhaan) Kami, sesungguhnya kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. ''(Surah al-Ankabut :69)
  • Menghapuskan semua sifat-sifat mazmunah iaitu sifat peribadi yang tercela.
  • Menjauhi maksiat. 
  •  Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah.
  • Banyak bertawakal kepada Allah.
  • Zuhud atau meninggalkan kecintaan kepada keduniaan yang melampau atau yang melalaikan.
  • Berusaha menjauhi tuntunan syaitan.
  • Ikhlas kepada Allah. Dengan keikhlasan itu hati akan suzi dan bersih lalu dipenuhi 'nur'. Dengan 'nur' ini segala ilmu pengetahuan mudah difahami dan serap.
  •  Membaca al-quran.  Selalu membaca al-quran kerana dengannya akan terbuka sinar hati dan akan mudah menerima ilmu. Al-quran adalah tangga untuk mencapai ilmu di Luh Mahfuz di mana kandungan al-quran itu snediri berasal dari catatan Luh Mahfuz sebagaimana yang dijelaskan Allah dalam firman-Nya, maksudnya : ''Bahkan, yang mereka dustakan ialah al-quran yang mulia, yang tersimpan di dalam Luh Mahfuz.'' (surah al-Buruj:21-22)
  • Merujuk kepada al-quran dan hadis kerana kedua-duanya adalah sumber ilmu sejati dan penyempurnaan kepada akal manusia. Ilmu pengetahuan yang benar akan memperolehi sinar apabila dihubungkan dengan kedua-dua sumber asli ini.
  •  Mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang muhaddis terkemuka, Ibnu as-Salah menyebutkan bahwa Waqi, pernah berkata: ''Apabila anda ingin menghafal hadis, hendaklah anda mengamalkan ajarannya.''

Wednesday, July 18, 2012

Teringin Nak Bau Baby...

rindunyer pada bau bauan baby....bila ag agaknyer eah..
skng aku dan suami masih mencuba...Insya Allah terus mencuba semoga Allah makbulkan doaku..
kadang2 stress jugak bila tengok baby yang xberdosa kena buang kena mcm2 ag..kenapa kehadiran mereka tidak d hargai....ia sesuatu kurniaan yang xternilai dari Allah sedih nyer.....
kenapa?? dunia ni xder ag ker sifat penyayang seorang ibu??? kejam zalim xberperikemanusiaan...kekadang kuar mata tengok perkara2 macam ni....

dan aku berharap kehadiran bulan yang mulia ini akan membawa berjuta2 rahmat pada aku dan kuarga ku...Ya Allah makbulkanlah doa hambaMu yang hina ini lagi kerdil..sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik untuk aku...aku tahu aku bukan seorang ibu yang sempurna bukan juga seorang isteri yang baik...tetapi aku berusaha untuk menjadi yang terbaik buat mereka.....amiin

Tuesday, July 17, 2012

7 Sebab Kenapa Suami Kena Hargai Isteri



Salah satu  punca utama konflik rumahtangga  yang terjadi adalah disebabkan oleh sikap para suami yang TIDAK MENGHARGAI ISTERI selayaknya.




1)Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya).

2)Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya.

3)Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah.

4)Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah.

5)Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak.

6)Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya.

7)Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami.


Persoalannya sekarang ialah (soalan untuk para suami) ;
Adakah anda benar-benar menghargai isteri anda selama ini? Apakah yang anda lakukan bagi membuktikan bahawa anda sememangnya menghargai isteri anda?


Kepada para isteri, jangan ingat suami saja kena hargai anda. Cuba tanya diri anda ;

Apakah selama ini anda sudah benar-benar memainkan peranan anda sebagai seorang isteri yang baik? Cuba muhasabah diri, layakkah anda dihargai suami sedangkan anda sering culas dan cuai dalam melayani suami anda sendiri???

Sekian, sama-sama lah kita bermuhasabah diri. Betulkan apa yang tidak betul. Saya tulis ni bukan nak tunjuk saya ni baik, tapi untuk mengingatkan dan muhasabah diri saya sendiri juga.

Kenapa Rambut Beruban



RAMBUT yang beruban adalah salah satu proses normal bagi seseorang manusia. Tiada sesiapa pun yang boleh menyangkal fakta ini. Sesetengah orang akan mengalami keadaan ini pada usia yang meningkat tua, bagi sesetengah yang lain pula mendapati rambut mereka beruban pada usia yang awal.


Mengapa boleh berlaku begitu? Apa sebenarnya yang mempengaruhi warna rambut dan apa pula yang menyebabkan rambut kita cepat beruban?


Jawapan bagi persoalan ini adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti genetik, kekurangan nutrisi dan juga faktor usia.


Menurut hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology yang dibentangkan pada tahun  2005, manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada usia pertengahan 30, orang Asia pula akan mengalami rambut beruban pada lewat 30-an manakala bagi golongan berkulit hitam pula mampu mengekalkan rambut mereka tanpa beruban sehingga ke usia pertengahan 40!


Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi warna rambut:


1.   Faktor usia : Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun.


2.   Genetik : Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Dan ini menyebabkan rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigment melanin.


3.  Kekurangan vitamin B 12 : Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.


4.   Faktor-faktor lain : Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey  pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami 4 kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban!

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Tinggal beberapa hari ag kita nak poser...
seronok n bahagia rasanyer bulan yang mulia berkunjung xlama ag..
ni da mula la pikir nak buat kuih raya biskut raya...baju raya langsir raya fuhhh..byk betul nak d pikir..
balik keja nak masak apa untuk berbuka poser tu bagi yg rajin..klu bg yang malas macm aku ni da kompom2  g beli kat pasar ramadhan tempat paling top kat otak ni...
klu nak masak tgu la aku cuti atau balik kampung hehehhe...teringat masa poser kat tempat org..seronok gak.....ramadhan kli ni aku harap adalah ramadhan yg terbaik utk aku dan kuarga aku...ramadhan yg membawa seribu kebahagian walaupun sederhana......tahun depan xtau ag la kan...menu2 kuih raya biskut raya da ada dlm senarai buku resepi aku ni...skng keja duk cari resepi2 kuih hahhahah mana da keja len....
okey la......selamat berpuasa pada smua....semoga datangnya bulan yang mulia ini akan menambahkan ag kasih kita dengan yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.......amin

Monday, July 16, 2012

Bosan Borink

assalamualaikum ........wahh da masuk bulan mulia..bulan Ramadhan bulan yg paling aku tunggu...
lama jugak aku x nulis dalam ni....skng da pindah opis baru...tp xtau naper plak xleh nak masuk otak aku kerja kat cni...smua xngam kepala...dulu gatal2 mintak pindah bila da dpt mcm ni plak...rasa mcm nyesal ada gak..tp apa2 pun aku syukur gak dpt blik cni ....dapat dekat ngn family...hehhehe skng kita org tengah merancang nak tambah org baru dalam family kita org....usaha keras u....

tempat baru ni aku da jd org baik kot..xda ag la nak ngular2...huh (sebenarnya xda kawan)...g keja balik keja tu je yg aku tau...dunia len aku xtau...masuk keja opis baru skng kul 0900 until 1800......ohhh lamanyer...bosan tahap gaban...skng keja aku kat cni duk ngadap FB...lepas tu..duk bergoogle.......penat duk layan tenet aku g kantin....hahhah tu la rutin harian aku skng...aku da xkenal erti besoping ker berfoya2 ker...terasa mcm katak bawah tempurong...sedangkan opis baru aku ni kat area bandar...tp ntah mcm hampehhhhhhhhhh....adoii knapa la dpt bekerja sama dgn org yg x satu kepala otak ngn aku...

windu rasa hati ni pada kawan2 kat sana terutama elia haya....apa la cerita budak tu skng...makin gemuk ker? makin kurus ker??...ermm.... nas plak da makin rajin kot....klu xdulu bukan men pemalas..huh asyik gaduh ngn jer ngan aku...klu bab bekemas huhhh....pemalas sgt...

ntah bila aku dapat blik sana ag...windunyer ngn korang.....