Wednesday, June 29, 2011

Sangkar Chenta...

Sayang....
gembira hati ini kiranya...ia akan terus bahagia..
bahagia memiliki keluarga sentiasa ada di sisi..
pandangan mata dan renungan mata seorang suami...
begitu syahdu...
hati ini terlalu rindu...pada belaianmu..
begitu bahagia...jika ia milik kita hingga akhir hayat...
sayang...
biarla aku terus menjadi pasangan tulang rusukmu...
mendampingimu...
sayang...
ingatilah aku...rinduila aku isterimu...
jangan kau lupa memohon dan meminta pada Allah..
agar ini milik kita....kita d kurniakan waris yang d berkatiNya..
mohon dan pinta lah dengan setulus hatimu...
abadikan jiwamu padaNya...
Penuhi sangkar chenta kita dengan kasih sayang yang d rahmati olehNya..
biar penuh keberkatan...penuh kebahagiaan...penuh dengan kegembiraan...

Amin....

Friday, June 24, 2011

Fadhilat Wanita Solehah....


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada takut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Tuesday, June 21, 2011

Rindu Terusik....

rindu....
satu perasaan yang indah bila ia terbalas...
perasaan yang paling syahdu....
perasaan yang boleh menyebabkan air mata keluar..
membuat hati terasa sayu...

rindu...
bahagia saat bila diri d rindui...
aduh...bila kau mencengkam jiwa...
pastinya si perindu xlena tidur...
kerana asyik kerinduan...

rindu...
pada anak..
pada ibu n bapa..
pada suami...
pada saudara...
apabila berjauhan....ahhh tidak terkata rindunya...

rindu...
bila kau datang mengusik....
tiada siapa dapat menghalang...
kau mengusik hati yang dalam...
airmata....mengalir..jiwa kacau..

Thursday, June 16, 2011

Ayatul Muhabah - Doa Supaya Dikasihi

Doa supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya. Amalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu lima waktu.


Terjemahan:

Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."

- Surah Ali Imran 3 : Ayat 31

Sumber :Buku 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit'
Tuan Guru Dato Dr Haron Din

Tiada Lagi Berseri....May

Tak bisa ku lupakan saat teristimewa
Di antara engkau dan aku memadukan cinta
Sungguh ku tak menyangka cinta bawa bahagia
Mendamaikan keseluruh jiwa membara di dada

Di kala itu kasih kaulah ratu hatiku
Beribu cinta hadir kau tetap satu
Kini tiada lagi segalanya telah berakhir
Cinta yang dulu mekar mewangi sudah tidak berseri


Cintamu kini tak beerti hanya menyakitkan hatiku
Manis yang telah aku beri hempedu kau balaskan


Di kala itu kasih kaulah ratu hatiku
Beribu cinta hadir kau tetap satu
Kini tiada lagi segalanya telah berakhir
Cinta yang dulu mekar mewangi sudah tidak berseri


Cintamu kini tak beerti hanya menyakitkan hatiku
Manis yang telah aku beri hempedu kau balaskan
Oh tuhan berikan harapan agar aku dapat berdiri
Aku serahkan kepadamu tentukan arah hidup


Kini tiada lagi segalanya telah berakhir
Cinta yang dulu mekar mewangi sudah tidak berseri